Minat pada knitting tak? Jum belajar :)

Alhamdulillah, hari ini siap satu simple projek crochet..  pada mulanya percubaan benang yang baru saya beli ingin dibuat beg handphone tetapi kemudian timbul idea untuk membuat simple projek bagi menyimpan mp3, pada mulanya saja-saja dibuat tetapi akhirnya adik lelaki saya dah tempah dan siap juga dalam masa yang singkat sahaja🙂 berbeza dari knitting yang mengambil sedikit masa..

Bersinar-sinar kan gambar ni, macam kena spot light :p sebab guna flash.. gambar pun jadi macam ni..maaf ya!

Saya menggunakan jarum kait satu saiz 3.00 mm. Pattern pula saya kait ikut gerak hati, kerana saya belajar untuk memahami kait satu dari pengamatan ketika my mom mengait dan ikut gerak hati sendiri. Saya lebih banyak bermain dengan jarum dan benang sebagai percubaan. Nanti bila sudah faham, saya akan rujuk pada buku.

Saya rasa mata kaitan yang saya gunakan pada mp3 cosy ini adalah mata kaitan yang paling asas, saya tidak tahu apa namanya tetapi cara yang saya lakukan ialah masukkan jarum ke dalam lubang, tarik benang, keluar semula jadi stitches sudah ada dua, dan kemudian tarik benang dan masukkan benang kedalam dua-dua stitches sekali.

Boleh muat mp3🙂 simple dan warnanya pun lembut.

Dan ini apabila mp3 telah dimasukkan ke dalam.

Dekat bahagian atas ada lubang supaya senang earphone dimasukkan🙂

Adik saya yang seorang lagi telah request satu untuknya juga. InsyaAllah, by tomorrow, saya akan cuba siapkan. Terima kasih buat Izyan Nadiah yang berikan wish sokongannya pada saya🙂 Memang bagi spirit kat saya! Thanks Yan🙂

Assalamualaikum,

Comments on: "Crochet for first time: Simple MP3 Cosy" (8)

  1. Comelnyaaaa…

    Er, mcm kartun Manga, Kak Ayza kena dapat seru tau nak kait benda2 camni.. sangat cute. Cuba seru sikit nama Kak Ayza so that I can crochet something cute like this..

    Congrats! Er is a crocheter now!😀

    • Cute ka kak Ayza ?? ;o macam kartun manga wah ha.. kembang dah ni hihihi.. segannya🙂 hihihi… thanks kak Ayza🙂 Nanti saya seru nama kak Ayza untuk kait benda cute-cute… saya pun teringin sangat nak tengok hasil crochet kak Ayza.. terutamanya doilies😉

      Thank you kak Ayza😀 crocheter amature lagi ni

  2. hehehehe..comelnye..pandai ery buat.🙂

  3. Ery,
    k.gee pun rasa Ery kait comel sgt!!🙂
    satu lagi nama kaitan tu kalau tak silap, single crochet (sc)

  4. 🙂 Thanks kak Gee. Malunya … ini pertama kali cuba crochet sendiri.. o ya ka? Single Crochet? Hmm.. banyak nak kena belajar lagi ni kan? Thanks again kak Gee😀

  5. Sindar ni banyak nama pena la. Tak tau mana satu nama betul. Hehhe.. Tahniah ye, berjaya crochet!
    Btw, cantik template baru blog! ^_^

  6. hehe.. SIndar pun boleh, mm Ery pun boleh, Da’Knit pun boleh hahaha😀 sorry ya Yati.. mesti dah confuse :p
    Thanks Yati.. saya nak cari background yang gelap sikit supaya mata tak sakit melihatnya😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: