Minat pada knitting tak? Jum belajar :)

Projek: Cardigan part 1

Hari ini, cuba buat projek cardigan dengan lebih serius sikit.. rasanya lama nanti baru dapat siapkan sepenuhnya huhu.. setakat ni, saya baru sahaja menyiapkan sedikit bahagian belakang ( baru mula..)

Masa kait ni, ada sedikit kesilapan tetapi telah pun diperbaiki. Hehe.. rasanya tak boleh nampak kot kalau dah siap..๐Ÿ˜‰

Dibahagian bawah, kaitan ini adalah pattern yang bernama “moss stitch”. Saya menggunakan jarum kait dua straight needles bersaiz 3.75mm untuk bahagian ini. Mata kaitan moss stitch ini dikait seperti:

Row 1: k1,p1 hingga akhir baris.

Row 2:k1, p1 hingga akhir baris

Row 3:p1, k1 hingga akhir baris

Row 4: p1, k1 hingga akhir baris..

(pattern ni diulang dari row 1 hingga row 2 sehingga panjang yang dikehendaki)

Kemudian selesai bahagian moss stitch, saya menggantikan jarum kepada saiz 4mm circular needles (80cm) bagi menyambung kaitan kepada pattern stockinette stitch dan bahagian tengah yang nampak macam beropol adalah pattern lace. Nampaknya, saya masih perlu memperbaiki kaitan lace saya, nampak pelik dalam gambar. huhu..

Dua benda yang saya pelajari:

1. Kalau hendak membuat cardigan dengan pattern lace, perlu guna benang cotton supaya lace nampak lebih cantik, terserlah dan tidak tertarik. Ini sebab, yarn dari akrlik walaupun lembut tetapi disebabkan akrilik lebih stretchy dari benang cotton, jadi lace pattern pun tertarik seperti di dalam gambar.

2. Kena beli row counter supaya tidak lupa kiraan kaitan huhu….๐Ÿ˜€

InsyaAllah.. diharap perjalanan mengait cardigan ini akan berakhir dengan lancarnya. Semoga info ini berguna kepada teman knitters yang ingin mengait cardigan buat pertama kali seperti saya๐Ÿ˜€..

Sambil mengait, boleh tengok tv..ย ๐Ÿ˜€

Assalamualaikum,

-DaKnit-

Comments on: "Projek: Cardigan part 1" (2)

  1. Chaiyok! Chaiyok Sindar!๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: