Minat pada knitting tak? Jum belajar :)

Japanese Knitting

Beberapa waktu ini,

saya sangat berminat untuk memahami Japanese knitting. Sehingga beberapa hari yang lalu, saya tidak pernah tahu bahawa orang Jepun mempunyai cara yang berbeza dalam seni mengait ni, sama ada kait jarum satu mahupun kait jarum dua.

Maka, beberapa waktu ini, saya telah belajar sedikit-sedikit dan apa yang saya faham bahawa, perbezaan yang sangat ketara ialah:

1. saiz needles yang berbeza

2. kebanyakkan ukuran yang digunakan adalah dalam cm

3. pattern semuanya dalam bentuk diagram dan carta.

Mungkin sebab orang jepun ni lebih selesa menggunakan simbol dari membaca pattern panjang-panjang eh.. memandangkan tulisan mereka pun menggunakan tulisan bersimbol, bukan tulisan roman.

pada pandangan saya, menggunakan carta sebenarnya lebih mudah apabila kita hafal setiap simbol bagi setiap jenis mata kaitan dan yang sungguh mengkagumkan instruction bagi pattern jepun boleh muat dalam satu helai kertas sahaja tetapi bagi pattern english kebanyakkannya menggunakan arahan seperti k1p1, k1p2 dan etc… sehingga memerlukan 3-4 muka surat bagi satu jenis pattern😮

picture credit to: http://fleeglesblog.blogspot.com

Charts di atas ni adalah salah satu contoh yang boleh kita fahami. Disebabkan orang Jepun membaca dari kanan ke kiri, maka charts ini juga dibaca dari kanan ke kiri bermula dari row paling bawah, setiap kotak itu, biasanya mewakili 5cm panjang. Unik kan😀 Macam mana lah mereka boleh hafal setiap simbol tu dengan mudah.. 😮

Kalau nak maklumat lanjut, teman knitters boleh study benda ni dari Mr.Google😀 Just type and search, dan akan keluar banyak maklumat mengenai Japanese Knitting🙂

Assalamualaikum,

-DaKnit-

May Allah bless us all..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: