Minat pada knitting tak? Jum belajar :)

:) Handphone Cozy

Alhamdulillah🙂

Semalam buat projek baru, hari ini siap juga. Ini adalah handphone cozy pattern yang saya jumpa dari Ravelry.Com. Namanya Lacy Cabled Cell Phone Cozy.

Pattern ni sangat menarik sebab cantik😀

Tetapi pattern ni perlu dikait menggunakan teknik “Magic Loop”, dan Magic Loop ini teknik yang dikait menggunakan jarum kait circular needles yang bersaiz panjang, seperti 80cm ke atas.

Disebabkan saya tidak mempunyai jarum bersaiz 2.25mm untuk circular needles, maka saya telah tukarkan saiz kepada saiz 3.5mm dengan menggunakan jarum kait 2 biasa sahaja/straight knitting needles (single point needles)

Oleh itu, terpaksa kait depan dan belakang seperti normal.

Maka inilah hasilnya😀

Setelah masuk phone😀 (Dibahagian tengah sepatutnya pattern cable. Tetapi tidak jelas sebab phone kamera :p)

I like this pattern😀

Hopefully, I’ll get another chance to knit another one for myself. This for whom ?😮 Hehe.. I’ll give it to my little youngest beloved sister when I see her soon. Hope she’ll like it.

Kalau ada teman knitters yang inginkan patternnya, boleh contact saya untuk pattern bagi jarum kait 2 biasa ya😀

Have a good night!

May Allah bless us all..

-DaKnit-

Comments on: ":) Handphone Cozy" (6)

  1. salam akak. nak tny. ape teknik nak gune kalau kite nak knit gune straight needles instead of circular? sebab saya ada jumpe satu pattern ni required gune circular needles tp saye xde. possible ke change to straight needles? thnks🙂

    • Hai syahidah🙂
      Salam ramadhan,
      thanks for visiting daknit. Untuk soalan ni, maksud teknik tu? Yang macam mana ya? Tetapi saya akan jawab mengikut apa yang saya faham terhadap soalan ni ok?

      Sebenarnya, pelbagai jenis teknik yang boleh kita buat menggunakan circular needles tetapi kita masih boleh apply pada straight needles biasa. Kelebihan circular needles ni, kita boleh knit terus ( maksudnya, terus sambung kaitan tanpa perlu menjahit kedua belah apabila dah siap, contohnya macam nak buat handphone cozy ni) ataupun boleh kait stoking tanpa menggunakan jarum double pointed (DPNs), guna teknik Magic Loop, yang ini, kena guna circular needles bersaiz 80cm ke atas.

      Dalam mengait, kita perlu tahu 4 asas mengait jarum kait 2 iaitu:

      1. Cast On (CO)
      2. Knit ( K )
      3. Purl (P)
      4. Bind Off/Cast Off (BO/CO)

      Syahidah boleh lihat kat atas link under About DaKnit untuk lihat 4 asas ni ok?😀 Kalau dah tahu keempat asas ni, mostly, semua teknik mengait kita boleh buat.

      Berkenaan dengan pattern yang syahidah mention tu, pattern ni untuk kait handphone cozy juga ka? and yup, biasanya, boleh tukar ke straight needles biasa tetapi kena fahamkan patternnya dulu. Boleh tak Syahidah lampirkan pattern ni kat dalam forum mengait.com dan kita boleh bincangkan di sana lebih baik.

      Kalau ada lagi pertanyaan, insyaAllah saya akan jawab dengan baik😀

  2. salam ramadhan🙂

    terima kasih akak. betul la apa yang akak paham tu. saya rasa saya dah paham dan skrg tgh men-diskaver macam mana nak tuka guna straight needles. haah saya nak buat handphone cozy yang akak buat ni. kebetulan ada jumpa dekat ravelry. pastu lagi satu beanie hat. thnx akak!

    • Salam Syahidah😀

      Wah cantik kalau dah faham, mesti dah rasa senang kan? Hihi.. ok, teruskan mendiskaver hehe.. kalau syahidah nak pattern handphone cozy ni untuk straight needles, saya boleh berikan patternnya kat forum mengait.com ok? Sebenarnya, apabila kita mengait guna circular needles secara knit-in-around, kita biasanya akan terus kait secara Right Side (RS), tetapi kalau straight needles, kita kena kait dua side, Right side dan Wrong Side,

      Contohnya..

      Row 1 (RS) : k1, p2, k3, p4 , pusing
      Row 2 (WS): p1, k2, p3, k4, pusing
      Row 3 (RS) : k1, p2, k3, p4.. dan etc

      Nampak tak? Kenapa apabila kita kait pada row 2, kita tukar jadi p1, k2, p3, k4.. sebab kalau syahidah terbalikkan side semula ke RS, kaitan tu sebenarnya kita dah buat k1, p2, k3, p4. Rasanya bila syahidah dah faham ni, mesti boleh kait handphone cozy tu guna straight needles.

      Nanti upload hasilnya ok, kongsi kat forum.. hehe.. Nak tengok😀 tak sabar..

      Happy knitting syahidah!😀

  3. hehe thnx 4 the tips akak. boleh jugak kalau akak nak bagi pattern kat forum mengait. kalau tak menyusahkan akak la. time kasih byk2 ye🙂

    • 😀

      Syahidah,

      You’re welcome!

      Pattern dah ada kat forum, nanti cek ok? Selamat berknitting😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: