Minat pada knitting tak? Jum belajar :)

Beg dan Topi

Salam semua🙂

Apa khabar hari ini?

Seronoknya hari ni dah hari Jumaat.. bolehlah rest hujung minggu kan?

Kali ini nak kongsi beg yang dikait oleh my mom dulu-dulu (bulan-bulan lalu).

Beg ni dikait oleh my mom menggunakan jarum kait 1.

Satu beg sliding untuk adik (sebenarnya saya yang mau beg ni huhu..) dan satu lagi beg untuk simpan buku-buku kecil seperti buku akaun ke.. notes ka…ni saya punya😀

Dua buku benang akrilik digunakan untuk menyiapkan dua beg kecil ni. Ntah dari mana my mom dapat idea nak buat beg. Walau apapun, thank you, umi!😀 kami suka beg ni!

Beg ni pun boleh dikait menggunakan jarum kait dua biasa ataupun circular needles. Dulu, masa baru belajar guna needles circular, saya terpaksa melihat youtube.com untuk melihat bagaimana jenis jarum ni berfungsi dan dari situ, saya belajar istilah “knitting in a round”. Iaitu, apabila kita mengait, kita akan menyambungkan kaitan terus  tanpa perlu menjahit kaitan menggunakan jarum apabila selesai.

Untuk mengait topi, adalah lebih sesuai menggunakan jarum circular bersaiz 40cm/16″ supaya topi yang kita kait itu, gauge-kaitan tidak akan lari dari saiz topi yang dikait. Semakin besar saiz jarum semakin cepat kaitan dan semakin besar saiz topi dan begitulah sebaliknya. Maka saya pun mencuba untuk mengait topi yang sangat simple dengan menggunakan jarum saiz 3mm dan benang dari brand Sakura.

Masa tu, saya masih tidak begitu pandai membaca pattern jadi saya hanya ikut gerak hati sahaja. Hehe.. akhirnya, apabila dah siap topi tu, bila pakai, semua pun tak muat pakai.. haha.. Sampai my mom pun cakap, ni topi apa ni.. macam topi yahudi jak (memang sebijik macam topi yahudi) walla…. (:p)

Tapi alhamdulillah,

lama-kelamaan, apabila telah pandai membaca pattern, sedikit sebanyak dapat membantu saya mengait topi yang elok rupanya.. (bukan lagi topi Yahudi huhu)

Untuk memahami cara mengait menggunakan circular needles, teman knitters semua boleh  melihat video kat bawah ni ok?
http://www.youtube.com/v/L_hl7HGMDy0&hl=en_US&fs=1?color1=0x006699&color2=0x54abd6

Salam Jumaat semua🙂

-DaKnit-

Comments on: "Beg dan Topi" (2)

  1. Salam Er,

    Aaaa nak satu begnya, cantikkk! Umi Er mmg pandai mengait, macam2 warna pulak tu.. Sangat comel..🙂

  2. Terima kasih kak Ayza😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: