Minat pada knitting tak? Jum belajar :)

Yey! My Addi is here :)

Syukur alhamdulillah.. akhirnya jarum yang saya pesan dah sampai dengan selamatnya. Laju juga pos dari Hong Kong. Thank you to arpat_yarns from ebay.com untuk needles ni🙂 and hihi.. ada free gift juga😉
Kepada kawan-kawan yang hendak membeli jarum ni, jangan ragu-ragu ya! Boleh terus ke ebay.com. InsyaAllah, akan sampai dengan selamatnya. Dulu saya telah pernah membeli jarum dari beliau juga, suggestion dari Kak Ayza, katanya jarum ni sangat licin dan laju untuk mengait, akhirnya, setelah pertama kali tempah, sampai dengan selamat juga. Alhamdulillah.. jarum dulu saya beli dua pasang sahaja, saiz 3mmx40cm dan 6mmx80cm. Yang 6mm tu, my mom pula fall in love dan kita hadiahkan padanya🙂
Kali ini, saya telah membeli jarum saiz 3.5mm dan 4mm bersaiz 40cm untuk projek kecil-kecilan seperti topi/hats, pouches… Lagi dua jarum adalah bersaiz 4mm dan 4.5mm. Panjang dua jarum ni adalah 80cm. Sesuai untuk membuat projek yang lebih besar. Yahoo!!😀
Tak boleh tunggu lagi, saya mesti memulakan projek yang ditempah oleh teman sekerja, sudah lama penantiannya. InsyaAllah, akan cuba disiapkan secepat yang mungkin.

Susah juga nak cari pattern yang sesuai humm, akhirnya, saya rasa, pattern kat bawah ni cute jugakan? :

Mudah-mudahan akan jadi dan tuannya suka🙂 Kalau dah siap, saya akan cuba uploadkan sebagai rujukan bersama.

Selamat berknitting kawan-kawan! Have a nice day🙂

-Sindar-

Comments on: "Yey! My Addi is here :)" (2)

  1. Kak Ayza said:

    Yippie! Mesti happy nih.. Kak Ayza punya dah sampai last few weeks.. jarum Addi ni mmg buat kita Addict!😀 Selamat berknitting Er! Cantik sgt pattern tu.. cute!

  2. Salam kak🙂 wah..memang happy dan rasa puas hati beli. Oh ya ka? saya punya sampai dalam seminggu cepat juga kan? Kak Ayza tengah buat projek apa sekarang? aah.. beberapa bulan ini, saya asyik fikir nak beli beg jenis tote bag tapi tak da yang berkenan di hati, terasa macam nak knit sendiri tapi pattern yang best tak jumpa lagi.. ada juga tengok kat site yang jual tote bag handmade dan semuanya lawa-lawa, kak Ayza tahu jahit tote bag juga? Hehe.. ah boleh juga tempah dengan kak kan? :p Mesti cantik ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: