Minat pada knitting tak? Jum belajar :)

Salam semua..

Hari ini jum kita tengok, apakah material yang perlu disediakan untuk memulakan kaitan knitting (jarum kait 2).

Sememangnya, material paling penting sekali ialah dua bahan ni, iaitu:

Knitting Needles/Jarum Kait 2:

  1. Biasanya jarum kait 2 terbahagi kepada 3 jenis. Iaitu Single Point Needles, Double Point Needles, dan Circular Knitting Needles.
  2. Single Point Needles/Straight Knitting Needles terdiri daripada dua set jarum  yang mempunyai pelbagai jenis saiz diameter dan panjang. Biasanya Single Point Needles hanya mempunya satu tip sahaja.
  3. Double Point Needles (DPNs) mempunyai 4 set ataupun 5 set jarum. Kedua belah jarum mempunyai tip.
  4. Circular Knitting Needles terdiri daripada dua jarum yang dihubungkan oleh satu tali jenis nylon ataupun plastik, juga mempunyai pelbagai jenis saiz.

Benang Kait/Yarns:

  1. Benang kait mempunyai pelbagai jenis yang biasanya terdiri daripada natural fiber dan bukan natural fiber serta fiber blends.
  2. Natural fiber biasanya terdiri daripada jenis benang seperti wool, alpaca, mohair, cashmere dan angora yang datangnya dari bulu haiwan. Jenis-jenis benang ini ada yang lembut dan ada yang kasar. Biasanya jenis Merino adalah lembut dan Shetland pula sedikit kasar. Benang cotton diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan, sesuai digunakan pada musim panas dan cuaca panas seperti di negara kita ( ya! juga sesuai untuk buat beg dan barang-barang accessories )
  3. Bukan natural fiber pula terdiri daripada jenis benang seperti acrylic, nylon dan polyster. Sesuai kepada yang alah terhadap bulu haiwan.
  4. Fiber blends pula adalah campuran yang dipintal bersama-sama jenis fiber yang lain. Contohnya seperti 50%wool dan 50%acrylic. Biasanya fiber berlainan dipintal bersama untuk mendapatkan hasil seperti benang yang lebih murah dan boleh dibasuh menggunakan mesin.

**oleh itu, ketika anda hendak membeli benang, pastikan anda perhatikan arahan ataupun maklumat pada benang kait untuk mendapatkan benang yang anda inginkan ok!

Selain daripada dua material ini, terdapat beberapa material yang biasa digunakan sewaktu knitting.

Seperti gambar dibawah:

Biasanya accesories untuk jarum kait 2 terdiri daripada:

  1. Cable Needles: Untuk menghasilkan pattern cable.
  2. Stitch markers: Untuk menanda point kaitan anda seperti di mana berlakunya increase, decrease bagi pattern yang dikait.
  3. Tape measure: Untuk mengukur kaitan anda.
  4. Needle gauge Untuk mengukur saiz luas pattern anda.
  5. Crochet hook: Untuk memperbetulkan kaitan yang terbuka.
  6. Row counter: Untuk membilang pusingan kaitan anda.
  7. Stitch holder: Untuk memegang kaitan anda yang ingin dikait kemudian.
  8. Pompom maker : Untuk membuat pom-pom.

Bagaimana? Sudahkah anda bersedia untuk memulakan projek pertama anda?😉

Jum!

-Sindar-

Comments on: "Apakah yang diperlukan untuk knitting?" (2)

  1. Salam. Saya mmg x de asas langsung dlm mengait. But I really want to learn how to knit a scarf. Sgt berharap saudari dpt bg ste by step mcm mana nk knit a scarf, boleh?

    • Salam Iman,

      Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog kami🙂
      Ya ka? Tak apa.. saya juga masih belajar dan saya pasti Saudari Iman akan dapat menguasai 4 langkah asas dalam mengait jarum dua tidak lama lagi. InsyaAllah, saya akan cuba memenuhi permintaan saudari untuk membuat tutorial scarf step by step dalam mengait scarf. Keep visiting us for new update ok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: