Minat pada knitting tak? Jum belajar :)

Assalamualaikum semua,

Apa khabar hari ini?

Beberapa minggu ni, hujan turun sungguh lebat.. walaupun saya suka pada hujan, tapi rasa risau juga kalau berlaku banjir di kawasan-kawasan sini.

Hari ini,

Saya ingin berkongsi satu buku yang sangat baik dan sungguh bagus isi kandungannya. Iaitu, Teach Yourself Visually Knitting oleh Sharon Turner.

Buku ini memberikan panduan yang lengkap dalam semua asas knitting, seperti cast on, knit, purl, bind off, decrease, increase dan beberapa jenis kaitan lagi, dan buku ini  sesuai sangat untuk beginner seperti saya dan anda yang baru sahaja menghadirkan diri di dalam dunia seni kait ini🙂

Buku ini menerangkan setiap langkah dengan teliti dan yang paling best sekali, disertakan dengan gambar yang jelas dan menarik!🙂 Gambar-gambar kat dalam buku ini dapat membantu kita memahami penerangan dengan baik.

Buku ini 100% colour ( bukan black and white ) dari page 1 sehingga lah page yang terakhir dan agak tebal juga.

Tetapi sangat memuaskan hati. Dalam buku ini juga terdapat pattern-pattern yang menarik untuk anda mulakan sebagai projek pertama anda.

Walaupun buku ini di dalam Bahasa Inggeris, bahasanya mudah difahami dan tidak berbelit-belit macam sesetengah buku. Yap! paling mudah, anda boleh merujuk youtube.com untuk membantu anda memahami langkah kaitan dengan lebih baik lagi🙂 (youtube can be the best teacher for learning)

Di harap, info ini dapat membantu anda semua ok.

InsyaAllah, entry yang akan datang, saya akan cuba masukkan lagi info yang boleh dimanfaatkan bersama.

-Sindar-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: