Minat pada knitting tak? Jum belajar :)

Posts tagged ‘mengait topi cable’

Soon to finish..updated

Dalam masa satu bulan ni, memang agak sibuk. Banyak betul aktiviti pada bulan ni sampai projek kait pun tak siap lagi. Huhu..

Tapi alhamdulillah,

Dalam masa dua hari ni, saya cuba juga untuk menyiapkan topi tempahan rakan sekerja :D

Cable Hat for Baby (tapi nampak besar pula hehe.. ) dah hampir siap dan saya mengubah sedikit patternya sebab teman sekerja inginkan lipatan yang lebih panjang. Maka saya telah memanjangkan sedikit bahagian K2P2 (rib) supaya topi ni boleh lipat :)

Kalau teman knitters ingin mencuba pattern ini, boleh perolehi pattern ni di site ni —> Paulina’s Blog

Tips: Jika teman knitters tidak mempunyai cable needles untuk membuat pattern cable, buat permulaan, boleh gunakan lidi sate (dipotong pendek lebih kurang panjangnya 12cm dan runcingkan kedua hujung lidi. Guna sand paper untuk melicinkan lidi sate tadi :D)

**Oh ya, jika ada teman knitters yang ingin mendapatkan cable needles, boleh hubungi saya untuk buat order ya :D

Cable needles mempunyai pelbagai bentuk, ada yang seperti hook, ada yang lurus dan ada yang bengkok sedikit di tengah-tengah jarum. Biasanya cable needles terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk, dan bentuk tidak menjadi masalah sebenarnya. Gunakan cable needles mengikut keselesaan kawan semua ok? Kalau anda rasa risau atau takut stitches jatuh dari jarum, gunakan cable needle jenis hook supaya benang tidak mudah jatuh dari jarum. :D

Topi dah siap, insyaAllah akan saya uploadkan gambarnya bila dah jumpa gambar tu. klik sini utk lihat : Hat siap!

Diharap info ini berguna untuk teman knitters semua :D

Assalamualaikum,

-Sindar-

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.